Kamis, 16 Februari 2012

Perbualan antara Rasulullah dan Malaikat Jibril tentang kiamat

Dari Umar ibnu Khattab ra beliau berkata: "Pada suatu hari tatkala kami sedang duduk-duduk bersama Rasulullah saw. lalu datang seorang laki-laki. Pakaiannya sangat putih. Rambutnya sangat hitam.

Tidak nampak tanda-tanda bahawa dia dari perjalanan. Tidak seorangpun di antara kami yang mengenalnyaa. Kemudian orang tersebut duduk berhadapan dengan Rasulullah SAW.Disandarkannyaa kedua lututnya ke lutut Rasul dan kedua telapak tangannya diletakkan pada kedua-dua paha Rasul.

Kemudian orang itu berkata: "Ya Muhammad, khabarkan kepadaku tentang Islam ..." Lalu Nabi menjawab; "Islam itu bahawa kamu saksikan bahawa tiada Tuhan yang disembah selain Allah dan Muhammad itu utusan Allah. Kamu dirikan solat, tunaikan zakat, berpuasa dibulan Ramadhan dan laksanakann haji ke Baitullah jika kamu mampu berjalan ke sana. "
Orang itu kemudian berkata: "Benar engkau ..."

kami pun hairan (kata Umar) dia yang bertanya dan dia pula yang membenarkan. Kemudian orang tadi berkata pula: "Khabarkan kepadaku tentang Iman."

Rasul menjawab; 'Iman, bahawa kamu percaya kepada Allah, kepada para MalaikatNya, Kitab-kitabNya, Rasul-rasulNya, percaya kepadaa hari akhir dan percaya kepada takdir baik atau buruk. "" Benar engkau, "kata orang itu pula.

Kemudian dia berkata lagi: "Khabarkan kepadaku tentang Ihsan (kebajikan)."
Nabi menjawab: "Ihsan itu adalah engkau sembah Allah seakan-akan engkau melihatNya, tetapi jika engkau tidak mampu melihatNya, ketahuilah bahawa Dia tetap melihat engkau."

Kemudian orang tadi berkata pula: "Khabarkan kepadaku tentang Kiamat."
Lalu Rasul menjawab: "Orang yang ditanya tidak lebih tahu daripada orang yang bertanya."

Lalu kemudian orang itu berkata lagi: "Khabarkan kepadaku tanda-tanda akan datang Kiamat. "

Rasul menjawab: 'Bahawa seorang ibu melahirkan pemimpinnya dan engkau akan melihat yang dulunya seorang yang hidup fakir, berjalan pun tidak beralas kaki namun mereka berlumba-lumba untuk membina bangunan-bangunan. "

Kemudian orang itu berpisah dari kami dan aku (kata Umar) berlangsung sejenak ... lalu Nabi bertanya kepadaku ...: "Ya Umar, kamu tahu siapa yang bertanya tadi .."

Aku berkata: "Allah dan RasulNya lah yang lebih tahu."
Lantas Nabi bersabda: "Dia adalah Jibril, dia datang untuk mengajarkan agama kepada kamu." (HRMuslim)

- sumber unikaneh.com

Related Posts

Perbualan antara Rasulullah dan Malaikat Jibril tentang kiamat
4/ 5
Oleh