Jumat, 10 Februari 2012

Kisah seorang muslimah yang gagah berani menangkis serangan terhadap Rasulullah

Bukit Uhud, 7 Syawal 3 H / 22 Mac 625 M. Sekitar 700 pasukan tentera Muslim yang dipimpin Rasulullah SAW bertempur melawan 3000 tentera kafir di bawah pimpinan Abu Sufyan. Kemenangan yang hampir diraih umat Islam, berubah menjadi kekalahan, setelah pasukan Muslim mengabaikan perintah Rasulullah SAW.

Pasukan kafir pun membalas balik serangan tentera Muslim. Mereka berniat untuk membunuh Rasulullah SAW. Melihat pasukan Muslim yang tersepit, seorang askar Muslimah bernama Ummu Umarah atau Nasibah binti Ka'ab al-Anshariyah justeru tampil mengangkat pedang. Dengan penuh keberanian, Ummu Umarah menghadang laju tentera kafir yang berniat membunuh Nabi Muhammad SAW.

'' Siang itu, sambil membawa sekendi air, saya keluar menuju Uhud untuk menyaksikan pertempuran kaum Muslimin. Awalnya, tentera Muslim memenangi pertempuran. Namun, ketika tentera Islam mula kalah, saya langsung terjun ke medan perang. Saya menangkis segala serangan yang datang ke arah Rasulullah dengan pedang saya,'' kisah Ummu Umarah seperti dituturkan Ibnu Sa'ad dalam Thabaqat.

Ummu Umarah adalah seorang Muslimah yang ikut berjihad dan berani, dan tidak takut mati di jalan Allah. Keberanian wanita dari Bani mazim An-Najar itu membuat Rasulullah SAW bangga. '' Siapakah yang sanggup melakukan seperti yang engkau lakukan, wahai Ummu Umarah? "Ujar Rasulullah memuji.

Dia salah seorang dari wanita Madinah yang masuk Islam. Mujahidah yang satu ini juga tercatat sebagai satu dari dua Muslimah yang pergi bersama generasi Ansar ke Makkah untuk berbai'at kepada Rasulullah. Keluarga Ummu Umarah dikenal sangat berani.

Ketika Rasulullah SAW memimpin pasukannya menuju ke Bukit Uhud, dia bersama suaminya, Ghaziyah bin Amr serta dua buah hatinya, Abdullah dan Hubaib tutur menyertai. Awalnya, Ummu Umarah bertugas sebagai jururawat tentera yang cedera serta menyediakan minuman.

Ummu Umarah tidak gentar saat menghadapi Ibnu Qumai'ah yang penuh amarah hendak membunuh Rasulullah. Serangan demi serangan, dia menangkis  dengan pedangnya. Hingga, dia mengalami luka pada bahagian bahunya. Ummu Umarah mengisahkan peristiwa yang dialaminya pada Perang Uhud dengan penuh semangat.

"Aku melihat banyak di antara kaum Muslimin yang lari kucar-kacir dan menginggalkan Rasulullah. Hingga tinggal tersissa beberapa orang yang melindungi beliau termasuk aku, kedua-dua anakku, sedangkan suamiku berada di depan beliau untuk melindunginya. Dan Rasulullah melihat aku tidak bersenjata,'' ungkap Ummu Umarah.

Apabila melihat seorang tentera Muslim yang berundur, Rasulullah pun berkata,'' Berikan senjata kepada orang yang sedang berperang. "Ummu Umarah pun lalu mengambil pedang yang dilembaprkan tentera yang lari tersebut dan akan melindungi Nabi SAW dari gempuran musuh.

Ummu Umarah adalah teladan bagi para Muslimah. Dia telah mengorbankan dirinya di jalan jihad membela agama Islam. Dia telah menunaikan kewajibannya sesuai dengan kemampuannya, baik di waktu perperang mahupun di waktu yang aman. Dia telah turut serta bersama Rasulullah SAW dalam Bai'atur Ridwan di Hudaibiyah, iaitu bai'at perjanjian untuk membela agama Allah.

Tidak hanya berjuang di Perang Uhud, Ummu Umarah turut tampil mengangkat panji-panji pasukan Muslim Perang Hunain. Tidak lama setelah wafatnya Nabi Muhammad SAW, sebahagian kabilah yang dipimpin Usailamah al-Kadzab murtad. Bahkan, Usailamah mengaku sebagai nabi. Khalifah pertama Abu Bakar ash-Shidiq pun memutuskan untuk memerangi nabi palsu itu.

Mendengar khabar itu, Ummu Umarah pun segera mendatangi Abu Bakar As-Shidiq. Dia mohon izin untuk turut berjuang ke medan perang bersama pasukan Muslim yang akan memerangi orang-orang murtad dari Islam. Mendengar permohonan itu, Abu Bakar pun berkata,'' Sungguh kami telah menyaksikan pengorbananmu di medan jihad, maka keluarlah (untuk berperang) dengan menyebut nama Allah. "

Secara khusus, Rasulullah SAW pun mendoakan Ummu Umarah. Ketika sang mujahidah terluka, Rasulullah SAW berkata kepada putra Ummu Umarah,'' Ibumu! Ibumu! Balutlah lukanya. Ya Allah, jadikanlah mereka teman-temanku di syurga.''

Ummu Umarah adalah seorang sahabat Rasul yang sentiasa mengaplikasikan keislamannya dalam amal nyata. Keberaniannya dalam setiap situasi menjadikannya seorang pahlawan sejati. Obsesi hidupnya begitu mulia, yakni mencari kemuliaan dunia dan kebahagiaan akhirat.

- terjemahan dari republika.co.id

Related Posts

Kisah seorang muslimah yang gagah berani menangkis serangan terhadap Rasulullah
4/ 5
Oleh