Berita menyedihkan kembali terdengar dari Mesir menyusul kematian puluhan penonton fanatikterhadap sebuah pasukan bola sepak.
Sekurang-kurangnya 73 orang terbunuh dan beratus-ratus yang lain cerdera ketika rusuhan selepas perlawanan bola sepak Liga Perdana Mesir di bandar Port Said di utara negara itu.
Rusuhan meletus pada hari Rabu (1/2/2012) segera setelah pengadil meniup wisel akhir, menamatkan permainan yang membawa pasukan bola sepak Al-Ahly mengalahkan Al-Masri 3-0 di kota tersebut.
"Jumlah kematian, sebagai akibat dari rusuhan selepas perlawanan antara Al-Ahly dan Al-Masri, telah mencapai 73 orang," kata Timbalan Menteri Kesihatan Mesir al-Efni Helmy.
Menurut pegawai keselamatan, peminat pasukan pemenang membanjiri padang, dan menyerang pemain dan peminat lawan-lawan mereka. Ada laporan bahawa batu, botol dan bunga api yang dilemparkan ke lapangan.
Kedua-dua pasukan bola sepak mempunyai sejarah panjang kejadian berdarah dan banyak pertengkaran telah meletus antara peminat kedua-dua belah pihak dalam beberapa tahun terakhir.
Kelompok politik terbesar di Mesir, Ikhwanul Muslimin, telah mengecam pertengkaran tersebut, menuduh para penyokong diktator yang digulingkan, Hosni Mubarak mencetuskan keganasan tersebut.
"Peristiwa-peristiwa di Port Said dirancang dan adalah mesej dari sisa-sisa rejim sebelumnya," kata legislator Mesir Essam al-Erian dalam satu kenyataan dalam halaman kumpulan Islam Parti Kebebasan dan Keadilan.
73 orang terbunuh di Mesir gara-gara bola sepak
4/
5
Oleh
Unknown