Selasa, 07 Februari 2012

Kisah tentera Amerika yang menjadi Imam

Postur badan yang tinggi, besar dan berkulit hitam mungkin pemandangan umum di angkatan darat AS. Namun, ada satu hal yang membuatnya cukup ketara iaitu bulan sabit bersulam hitam pada di topi rasminya. Ya, itulah penampilan seharian Mayor Khallid Shabazz ketika berseragam rasmi.

Dengan lambang itu, Khallid dikenali sebagai seorang Imam yang mewakili perwakilan Muslim dalam tentera AS. Dengan kedudukannya itu, Khallid selalu mendapat perhatian lantaran polisi AS melawan kelompok Muslim  selama satu dekad. "Saya bukan seorang imam, tapi saya seorang Muslim," katanya seperti dilaporkan agusta.com, Isnin(6/2).

Ketika ini, AS menempatkan sejumlah imam dalam beberapa lokasi strategik. Khallid sendiri ditempatkan di Jerman. Di sana dia bertugas membimbing tentera AS yang Muslim. Namun, dalam tugasnya dia juga memberikan arahan kepada tentera AS beragama Kristian.

Sebelum memeluk Islam, Khallid yang dahulu bernama Michael Barnes merupakan individu yang dibesarkan dalam keluarga Kristian yang taat. Semasa remaja, Khallid banyak melalui perkara pahit yang paling teruk ketika dia dipukul dan ditembak oleh kumpulan yang tidak dikenali.

Selanjutnya, kehidupan Khallid berubah drastik setelah dia diwajibkan mengikuti latihan ketenteraan. Baginya, kewajipan itu menjanjikan harapan baru berupa kehidupan yang lebih baik. Memang benar, kehidupan tentera sangat sesuai untuk Khallid. Tapi kedudukannya sebagai tentera barisan hadapan membuatnya sengsara.

Suatu ketika, dia mendapati sebuah perbincangan agama dengan seorang Muslim. Dari perbincangan itu, ada perubahan perspektif dalam dirinya tentang agama. Dia pun memutuskan memeluk Islam. Keputusannya itu mendapat cemuhan dari pihak atasannya. "Mengapa anda melakukan sesuatu yang bodoh," kata dia.

Melihat komen itu, Khallid terpukul. Namun, seorang pendeta Katolik menyarankannya untuk menjadi ulama tentera. "Sepertinya itu adalah wahyu. Saya merasa ada hal yang harus dikerjakan," tenang Khallid. Dia memulakan niat itu dengan menukar namanya menjadi Khallid Shabbaz. Dia pelajari bahasa Arab dan Islam di Jordan.

Tugas besarnya pun bermula pada 2004. Ketika itu, dia ditugaskan untuk menjadi ulama bagi tahanan pengganas di penjara Guantanamo, Cuba. Dia menggantikan ulama bernama Yusuf Lee yang ditahan atas tuduhan hasutan. "Ketika itu, saya tidak punya waktu untuk takut," katanya.

Khallid mula merasa seperti orang buangan di Guantanamo. Sebagai seorang imam tanpa janggut, berikut dengan seragam tentera Amerika. Para tahanan umumnya tidak percaya padanya. Para penjaga di Guantanamo pun tidak terlalu tertarik pada seorang lelaki yang melayani musuh Amerika. "Inilah bahagian yang sukar dari hidup saya. Padahal aku tidak memihak sesiapa," kata dia.

Khallid akhirnya menarik perhatian saudara-saudaranya melalui keperibadian dan kemampuannya dalam bermain bola keranjang. Dia berjaya menjalankan misinya sebagai duta bagi tentera, AS dan Islam. "Ketika mereka berinteraksi dengan saya, saya mempunyai bola untuk dimainkan dengan orang-orang ini," katanya dia.

- terjemahan dari republika.co.id

Related Posts

Kisah tentera Amerika yang menjadi Imam
4/ 5
Oleh