Selasa, 27 Maret 2012

Kesombongan Iblis

 
"Ana khairun minhu", saya lebih baik dari dia. Itulah kata-kata iblis ketika Tuhan menanyakan alasan mengapa ia tidak mahu melaksanakan perintah, sujud kepada Adam. Iblis menambah, "khalaqtani min nar wa khalaqtahu min tin", Engkau menciptakan aku dari api dan menciptakan dia (hanya) dari tanah. (Surah al-A'raf 12). Itulah kesombongan iblis, merasa diri lebih mulia kerana asal kejadian.

Kesombongan iblis rupanya adalah sebuah penyakit yang juga boleh menular kepada manusia. Bahkan, iblis secara aktif menularkannya kepada anak cucu Adam. Pernyataan dan sikap ana khairun minhu sekarang bahkan lebih banyak digunakan oleh manusia.

Jika iblis merasa diri lebih baik kerana asal penciptaannya, manusia juga dijangkiti kesombongan kerana keturunan seperti itu. Itu sebabnya Nabi Muhammad SAW mengingatkan kita dengan sabda beliau, "Semua kalian berasal dari Adam dan Adam (diciptakan) dari tanah. Tidak ada kelebihan orang Arab dari yang bukan Arab, kecuali kerana takwa. "

Sabda Nabi tersebut hendak menyedarkan kita agar tidak menjadi angkuh kerana keturunan. Kemuliaan hanya boleh dicapai dengan takwa. "Sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah yang paling bertakwa." (QS al-Hujurat: 13).

Lebih mencengangkan lagi, ternyata manusia mengembangkan prinsip ana khairun minhu hampir dalam semua lapangan kehidupan. Dengan prinsip itu, manusia kemudian saling bersaing tidak sihat, lalu saling membenci, saling bermusuhan, saling menjatuhkan, bahkan ada yang sampai saling membunuh.

Ketika manusia memperebutkan sebuah jabatan, misalnya, masing-masing menggunakan jurus ana khairun minhu itu. Pelbagai teknik digunakan untuk mempengaruhi pendapat orang bahawa dialah yang lebih baik. Oleh kerana itu, dia lebih layak untuk dipilih. Baliho, spanduk, brosur, pelekat, iklan, dan pelbagai macam teknik komunikasi massa digunakan untuk menyatakan ana khairun minhu, saya lebih baik dari dia.

Sebenarnya, untuk meraih prestasi, manusia boleh saja, bahkan dianjurkan untuk menjadi yang terbaik, menjadi the best. Manusia perlu menunjukkan prestasi yang terbaik atau produk kerja terbaik. Tapi, berusaha menjadi yang terbaik tidak sama dengan merasa yang paling baik. Yang pertama adalah sebuah usaha positif, yang kedua adalah sebuah kesombongan.

Lebih berbahaya lagi ketika kesombongan ana khairun minhu itu digunakan oleh seorang penguasa. Ia tidak akan suka dikritik. Ia selalu ingin dipuja-puja. Ia memudahkan hidupnya dengan pelbagai kemewahan. Ia tidak mahu melihat ada orang lain yang lebih unggul yang boleh menggantikan kedudukannya. Ia lalu menggunakan pelbagai cara dan muslihat untuk mempertahankan

Demikian sedikit gambaran betapa kesombongan Iblis telah merasuki manusia sehingga menggerus nilai-nilai kemanusiaan. Kesan negatifnya boleh semakin meluas dan merosakkan jika tidak segera disedari. Kerana itu, kita harus sedar dan menyelamatkan diri dari proses dehumanisasi akibat penyakit iblis tersebut. Wallahu a'lam

- sumber dari republika.co.id

Related Posts

Kesombongan Iblis
4/ 5
Oleh