Kamis, 23 Februari 2012

Pahala solat berkopiah dan berserban

Assalamualaikum wrm wrbt.
  1. Adakah memakai kopiah ketika bersolat mendapat pahala?
  2. Adakah nas mengatakan orang lelaki yang memakai kopiah ketika solat mendapat pahala yang lebih daripada mereka yang tidak memakai kopiah?
  3. Adakah nas mengatakan orang lelaki yang memakai serban ketika solat mendapat lebih pahala daripada daripada mereka yang tidak memakai serban?
  4. Adakah terdapat perbezaan mendapat pahala memakai serban, kopiah, songkok atau sebagainya ketika bersolat.
Sekian Terima Kasih.
Jawapan.
  1. Memakai kopiah adalah sunat dan merupakan sunnah dan memakainya akan mendapat pahala.
  2. Memakai serban adalah sunnah nabi seperti sabda Nabi S.A.W yang bermaksud"Berserbanlah kamu kerana syaitan tidak memakai serban."
  3. Soal ganjaran pahala itu adalah urusan Allah.
  4. Tuan dinasihatkan jangan memikirkan soal pahala. Tugas hamba Allah adalah melakukan yang diperintahkan.
Wallahu A'lam.

- sumber dari soaljawab.jais.gov.my

Related Posts

Pahala solat berkopiah dan berserban
4/ 5
Oleh