Pada awalnya, manusia meyakini bahawa jantina bayi ditentukan oleh sel-sel ibu. Ada pula yang percaya bahawa jantina ini ditentukan secara bersama oleh sel-sel lelaki dan perempuan.
Jauh sebelum ilmu pengetahuan mengetahui tentang rahsia jantina bayi, pada abad ke-7 M, Al-Quran telah memberi tahu bahawa jenis kelamin laki-laki atau perempuan diciptakan "dari air mani apabila dipancarkan".
Mari semak surah An-Najm [53] ayat 45-46: "Dialah yang menciptakan berpasang-pasangan lelaki dan wanita, dari air mani, apabila dipancarkan."
Menurut Harun Yahya, kromosom Y membawa sifat-sifat kelelakian, sedangkan kromosom X berisi sifat-sifat kewanitaan. Di dalam sel telur ibu hanya dijumpai kromosom X, yang menentukan sifat-sifat kewanitaan.
Di dalam air mani ayah, terdapat sperma-sperma yang mengandungi kromosom X atau kromosom Y saja. Jadi, jenis kelamin bayi bergantung pada jenis kromosom kelamin pada sperma yang membuahi sel telur, apakah X atau Y. Dengan kata lain, sebagaimana dinyatakan dalam ayat tersebut, penentu jantina bayi adalah air mani, yang berasal dari ayah. Pengetahuan tentang hal ini, yang tak mungkin dapat diketahui di masa Al-Quran diturunkan, adalah bukti akan kenyataan bahawa Al-Quran adalah kalam Allah.
'' Cabang-cabang ilmu pengetahuan yang berkembang seperti genetik dan biologi molekul secara saintifik telah mengesahkan ketepatan maklumat yang diberikan Al-Quran ini,'' ujar Harun Yahya.
Menurut dia, kini diketahui bahawa jantina ditentukan oleh sel-sel sperma dari lelaki, dan bahawa wanita tidak berperanan dalam proses penentuan jenis kelamin ini.
Kromosom adalah unsur utama dalam penentuan jenis kelamin. Dua dari 46 kromosom yang menentukan bentuk seorang manusia diketahui sebagai kromosom kelamin. Dua kromosom ini disebut "XY" pada lelaki, dan "XX" pada wanita.
Menurut dia, penamaan ini adalah berdasarkan pada bentuk kromosom tersebut yang menyerupai bentuk huruf-huruf ini. Kromosom Y membawa gen-gen yang mengkod sifat-sifat kelelakian, sedangkan kromosom X membawa gen-gen yang mengkod sifat-sifat kewanitaan.
Pembentukan seorang manusia bermula dari penggabungan silang salah satu dari kromosom ini, yang pada lelaki dan wanita ada dalam keadaan berpasangan. Pada wanita, kedua-dua bahagian sel kelamin, yang membelah menjadi dua selama peristiwa ovulasi, membawa kromosom X.
Sebaliknya, sel kelamin seorang lelaki menghasilkan dua sel sperma yang berbeza, satu berisi kromosom X, dan yang lainnya mengandungi kromosom Y. Jika satu sel telur berkromosom X dari wanita ini bergabung dengan sperma yang membawa kromosom Y, maka bayi yang akan lahir berjenis kelamin lelaki.
'' Dengan kata lain, jenis kelamin bayi ditentukan oleh jenis kromosom dari lelaki yang bergabung dengan sel telur wanita,'' papar Harun Yahya.
Tak satu pun maklumat ini dapat diketahui dalam ilmu genetik pada abad ke-20. Bahkan di banyak masyarakat, diyakini bahawa jantina bayi ditentukan oleh pihak wanita. Inilah mengapa kaum wanita dipersalahkan ketika mereka melahirkan bayi perempuan.
Namun, tiga belas abad sebelum penemuan gen manusia, Al-Quran telah mendedahkan maklumat yang menghapuskan keyakinan khurafat ini, dan menyatakan bahawa wanita bukanlah penentu jantina bayi, akan tetapi air mani dari lelaki.
sumber dari republika.co.id
Subhanallah, Inilah Mukjizat Alquran tentang Jenis Kelamin Bayi
4/
5
Oleh
Unknown