Sabtu, 28 April 2012

Kisah menarik dari masjid yang berkedudukan paling utara di dunia

Kisah menarik dari masjid yang berkedudukan paling utara di dunia, Masjid Midnight Sun, telah menginspirasi para pembuat filem Kanada untuk mengubahnya menjadi sebuah filem dokumentari.

"Ketika kami mendengar tentang kisah projek Masjid ini, kami langsung berfikir bahawa ini tidak biasa dan pasti akan membuat cerita besar untuk sebuah filem dokumentari," kata pembuat filem Saira Rahman kepada OnIslam.net.

Saira dan Nilufer Rahman diharapkan akan membuat filem dokumentari tentang Masjid Midnight Sun di Inuvik di Wilayah barat laut Kanada.

Berjudul "Masjid Artik", filem dokumentari ini akan menceritakan kisah perjalanan masjid sejauh 4,000 km pada tahunpada 2010 dari kota padang rumput Winnipeg di wilayah Manitoba menuju ke Inuvik, bandar yang paling utara di Kanada Artik.

"Sebenarnya, dua hari sebelum masjid melakukan perjalanan sejauh 4,000 km, Hussain Guisti, pengurus umum dari Zubaidah Tallab Foundation (yayasan amal Kanada yang menaja pembangunan masjid), bertanya sama ada kami akan tertarik untuk membuat sebuah filem tentang Masjid Kutub Utara," kata Saira.

Komuniti Muslim di Inuvik sangat kecil sehingga tidak mampu membina masjid baru kerana upah tenaga kerja dan bahan bangunan di wilayah Artik jauh lebih tinggi daripada di bahagian selatan Kanada.

Namun hal itu diselesaikan setelah Zubaidah Tallab Foundation, sebuah lembaga amal Islam berpusat di Manitoba, masuk dan mengumpulkan dana untuk membina masjid.

Kumpulan ini juga mencari pembekal bangunan prefabrikasi di Manitoba yang menghantar bangunan ke Inuvik dengan setengah harga dari bayaran membina masjid di bandar.

Perjalanan epik masjid kecil ini menarik perhatian antarabangsa kerana secara perlahan-lahan melalui jalan darat, menyusuri sungai hingga sampai ke destinasi akhir.

Inuvik terletak di Wilayah barat laut Kanada dan mempunyai populasi 3.600 orang, kira-kira seratus dari warga beragama Islam.

Muslim telah berhijrah ke bandar-bandar sumber yang lebih kecil, seperti Inuvik, untuk mencari pekerjaan dan berharap mendapat kualiti hidup yang lebih baik.

Menurut angka bancian terkini, penduduk Muslim dari Northwest Territories tumbuh dengan laju 300 peratus setiap dekad.

Kerana lokasinya di utara, Inuvik disebut 'Cahaya Matahari Tengah Malam' kerana mengalami rata-rata 56 hari sinar matahari terus menerus dan setiap musim panas selama hampir 30 hari, namun diselimuti gelap gelita setiap musim sejuk.

Komuniti Muslim di Inuvik mengikuti jadual solat dan puasa dari bandar Edmonton.

Persepsi Baru

Para pembuat filem berharap untuk menangkap drama dari pengembaraan masjid dan mengubah persepsi tentang Muslim di dunia yang sering merespon masjid dengan ketakutan dan kontroversi.

"Kami berharap bahawa orang yang menonton filem dokumentari ini akan mendapati bahawa ada jauh lebih banyak dari cerita tentang pembangunan masjid," kata Saira kepada OnIslam.net.

"Ini tentang penempaan sebuah komuniti yang unik dan kami tidak hanya berbicara tentang komuniti Muslim yang unik."

Saira mengatakan bahawa filem ini akan menunjukkan kesan masjid yang telah dibuat di bandar kecil.

"Masjid Midnight Sun, telah memberi kesan di seluruh Inuvik dan meletakkannya di dalam peta, sehingga menjadi nilai lebih.

"Kami berharap penonton akan terinspirasi oleh semangat tenaga dan komuniti positif yang kita saksikan saat syuting filem dokumentari tersebut."

Dokumentari ini dihasilkan oleh Buffalo Gal Pictures dan Snow Angel Films, yang dimiliki oleh dua bersaudara, Nilufer dan Saira Rahman.

Filem saat ini sedang dalam pasca pengeluaran, akan melalui 120 jam cuplikan, dan telah dilancarkan kempen online untuk mendapatkan respon dari penonton.

"Hanya tiga hari dari posting trailer kami di YouTube, kami mendapat lebih dari 10.000 views," kata Saira.

"Ini terbukti dari komentar kami bahawa orang-orang yang benar-benar ingin melihat filem ini."
sumber dari eramuslim.com

Related Posts

Kisah menarik dari masjid yang berkedudukan paling utara di dunia
4/ 5
Oleh