Berikutan maraknya kemarahan yang berterusan berkaitan kunjungan Mufti Mesir ke Al-Quds (Jerusalem), ulama terkemuka Syaikh Yusuf Al-Qaradhawi mengecam lawatan itu dan menyebutnya sebagai haram, melanggar undang-undang, dan sebahagian daripada normalisasi hubungan dengan Israel dan pendudukan tentera Israel terhadap kota suci umat islam tersebut.
"Saya tidak berharap orang terkemuka seperti Syaikh Jumaah melawan konsensus ini dan melawat Jerusalem dan melakukan solat khusus di masjid Al-Aqsa," kata Syaikh Qaradhawi, presiden persatuan ulama muslim antarabangsa (IUMS), dalam satu kenyataan yang diterbitkan di websitenya pada hari Jumaat, 20 April lalu.
"Ada perjanjian bersama antara Muslim dan Kristian yang mengunjungi Al-Quds akan tetap dilarang selama Israel terus menduduki dan cuba menguasainya," tegas Syaikh Qaradhawi.
Syaikh Ali Jumaah mengunjungi Al-Quds pada hari Rabu lalu dan solat di Masjid Al-Aqsa, tempat suci ketiga umat Islam. Ia disertai oleh Pangeran Jordan, Ghazi bin Muhammad, sepupu Raja Abdullah II dan penasihat pada isu-isu agama.
Kedua orang itu juga melawat Gereja Makam Kudus dan patriarkat Ortodoks Yunani selama kunjungan mereka.
Syaikh Jumaah menyatakan bahawa kunjungannya adalah "tidak rasmi" dan ia masuk ke kota Al-Quds melalui Jordan dan Tebing Barat, bukan dari sisi Israel. Kementerian Jordan urusan Wakaf dan Islam mengatakan lawatan itu sesuai dengan perintah dari Nabi Muhammad.
Namun Syaikh Qaradhawi menggambarkan lawatan ke Al-Quds di bawah pendudukan Israel sebagai tindakan haram (melanggar undang-undang) menurut hukum Islam.
Dia mengatakan bahawa orang-orang yang melawat Jerusalem saat ini sama saja mengukuhkan entiti zionis yang merompak tanah Palestin, dan merka dipaksa untuk bekerja sama dengan kedutaan zionis untuk menerima visa.
Sumber dari eramuslim.com
Kunjungan Mufti Mesir ke Israel: Kunjungan ke Wilayah Pendudukan Israel Al Quds adalah Haram - Syaikh Qaradhawi
4/
5
Oleh
Unknown