KISAH sebelum Rasulullah SAW bertolak ke Tabuk, orang-orang Munafik membina bangunan yang mereka namakan masjid. Mereka membinanya bukan demi kerana Allah SWT tetapi untuk tujuan menyambut kehadiran seorang yang bernama Abu Amir ar-Rahib.
Abu Amir ar-Rahib adalah seorang yang sangat aktif dalam membakar semangat kaum Musyrik Makkah dalam pertempuran Uhud. Ia lalu memeluk agama Kristian dan berangkat menemui Maharaja Rom yang juga penganut agama Kristian.
Maharaja Rom menjanjikan sokongan kepada Abu Amir ar-Rahib untuk memimpin masyarakat Madinah. Komunikasi antara Abu Amir dengan rakan-rakannya di Madinah berlanjut, dan untuk itulah kaum Munafik mendirikan tempat berkumpul bagi para penyokongnya sambil menanti kedatangannya.
Ketika Bani Amir selesai membangun Masjid Quba di pinggiran Madinah, mereka mengundang Rasulullah SAW untuk solat di sana dan Rasul memperkenankan permintaan mereka.
Bani Ghanim bin Auf, pengasas pembangunan masjid kaum munafik, mengundang juga Rasulullah SAW, tetapi ketika itu Rasul sedang bersiap-siap menuju Tabuk.
Sekembalinya dari Tabuk dan setelah selesainya pembangunan masjid Bani Ghanim itu, Rasulullah SAW bersiap-siap menuju ke sana untuk solat, tetapi sebelum melangkah turun firman Allah surat AT-Taubah (9) ayat 107 yang artinya,
"Dan orang-orang yang mendirikan masjid untuk menimbulkan kemudharatan terhadap orang-orang Mukmin secara khusus, dan masyarakat secara umum, dan untuk kekafiran dan tujuan pengingkaran kepada Allah SWT serta untuk memecah belah antara orang-orang Mukmin ..."
Begitu turun ayat ini, Rasulullah SAW membatalkan niatnya berkunjung ke masjid Bani Ghani bahkan memerintahkan beberapa orang untuk pergi menghancurkannya. Lokasi bangunan masjid ini dijadikan Rasulullah SAW sebagai tempat pembuangan bangkai dan najis.
sumber islampos.com
Ketika Rasulullah Hancurkan Sebuah Masjid Kaum Munafik
4/
5
Oleh
Unknown