Minggu, 20 Mei 2012

Benarkah Zlatan Ibrahimovic Pemeluk Islam?

Siapa tidak kenal Zlatan Ibrahimovic? Bagi peminat bola sepak, tentu nama yang disebut itu tidak asing lagi. Ibracadabra gelarannya sangat tepat melekat kepadanya kalau melihat aksinya di padang. Lantaran itu Ibrahimovic dapat dikatakan sebagai salah satu pemain bola sepak paling berjaya sejak era 2000.

Mulai 2001, ketika masih menyarung jersi Ajax Amsterdam, Ibrahimovic berjaya meraih gelaran juara bagi kelab yang dibelanya. Kecuali musim ini, Ajax, Juventus, Inter Milan, Barcelona, dan AC Milan, yang diperkuatnya selalu meraih gelar juara liga masing-masing. Hanya kerana skandal calciopoli (tatacara skor) yang membuat Scudetto Juventus musim 2005 dan 2006 dicabut.

Penyerang pasukan kebangsaan Sweden tersebut juga merebut gelaran peribadi, iaitu penjaring terbanyak, pemain terbaik liga, hingga pemain terbaik Sweden. Raihan titel itu semua semakin menegaskan Ibrahimovic sebagai striker yang ditakuti bek lawan.

Di luar padang, ada beberapa peminat setianya yang sering penasaran dengan sosok Ibrahimovic. Itu tidak lain adalah keyakinan yang dianutnya. Ada sumber yang menyatakan Ibrahimovic adalah seorang Muslim. Namun ada pula sebahagian pihak yang membantahnya.

Ibrahimovic tidak seperti pemain bola sepak Muslim yang lain, seperti Frederic Kanoute, Edin Dzeko, Mesut Ozil, mahupun Samir Nasri yang sering menunjukkan status keislamannya. Namun status Islam Ibrahimovic jarang terdengar oleh media.

Merujuk masa kecilnya, dia dilahirkan di Malmo, bandar ketiga terbesar di Sweden, setelah Stockholm dan Gothenburg pada 3 Oktober 1981. Kedua-dua orang tua Ibrahimovic bukan warga Sweden, melainkan pasangan imigran berbeza negara. Ayahnya yang bernama Sefik adalah pendatang asal Bijeljina, Bosnia. Sedangkan ibunya, Jurka, berasal dari Zadar, Croatia. Kedua-duanya bertemu di Sweden.


Related Posts

Benarkah Zlatan Ibrahimovic Pemeluk Islam?
4/ 5
Oleh